30.12.10

Rugi

Disebabkan dia suka memilih tidur daripada perkara-perkara lain, lewat pagi itu dia terkilan kerana tak puas menikmati ombak besar Laut China Selatan. Dia terpaksa akur untuk bersarapan pagi bersama keluarganya. Bentaknya, "Eh, tidur macam dah curi konsep dadah. Ambil lebih binasa, ambil ikut dos nyaman. "

Pada malam itu dia nekad untuk tidak tidur. Dia takut terlepas meteor yang mungkin muncul di langit pekat malam tersebut.

Tapi setelah berjaga seorang diri hingga dinihari, tiada bayang meteor kelihatan. Yang ada hanya nyamuk-nyamuk yang sedang riot.

Tamat.

Memori

Selain untuk hal-hal yang nampak mustahak (terpulang pada apa yang kau tafsirkan sebagai mustahak) seperti survive dalam jurusan yang kau ambil, janji-janji dan temujanji-temujanji, kerja amal yang kau dah daftarkan diri, belikan barang yang emak kau suruh beli di pekan, hukum-hukum tajwid, tugasan yang perlu diselesaikan, manusia yang perlu dibelai, bermuhasabah diri. Juga untuk yang nampak kecil macam hafal sifir, tegangkan cadar, prosa indah yang pernah dibaca, warna langit semalam, not-not seksofon, apa yang sudah dimasak untuk keluarga minggu lepas, filem apa yang belum lagi dikaji, bagi kucing makan. Tentulah tak terkira apa lagi yang patut disenaraikan (lagipun siapa sebenarnya yang berhak menentukan apa yang patut dan apa yang tak. Ha ha).

Memori. Kalian manfaatkan untuk apa?

tak cukup

Pagi itu sedang Tuntung menghirup secangkir kopi pekat, tiba-tiba dia terasa ingin kacau daun rakannya Memerang yang sedang menikmati sarapan paginya, Komik Orang Dewasa.

"Kau pernah jatuh cinta?"

"Pernah."

"Kau rasa cinta kau dapat tu cukup?"

"Rasanya ya."

"Ya atau tidak?"

"Hm. Aku sebenarnya masih samar-samar dengan apa sebenarnya yang dikatakan cinta. Jadi aku tak dapat bagi jawapan yang pasti. Kiranya, kadang-kadang aku rasa cukup, kadang-kadang tak."

"Jawapan kau tu aku kira kau pernah jatuh cinta. Cuma mungkin kau tak pasti cinta tu jenis apa, bukan?"

"Ya."

"Kalian ada hobi yang dikongsi? Sesuatu yang bukan dibuat secara paksa. Maksud aku hobi yang bukan disebabkan kalian sedang bercinta, tapi sesuatu yang betul-betul membuatkan kalian sama-sama rasa puas."

"Ada."

"Berapa kerap kalian melakukan hobi itu bersama?"

"Jarang-jarang."

"Duit tak ada?"

"Tak. Hobi ni percuma."

"Kesuntukan masa?"

"Ya. Tambahan lagi kami terlalu sibuk. Jadi masa memang tak pernah cukup."

"Bohong."

"Apa bohong? Betul lah, tiada masa."

"Kau biasa mencuri?"

"Tak."

"Cuba biasakan. Tapi bukan mencuri yang konvensional tu, sebaliknya kau curi masa."

"Masa yang sedia ada untuk semua makhluk pun tak pernah cukup. Macam mana pula aku nak curi."

"Alasan. Kau cuba curi masa. Baru kau rasa cukup."

Sambil keluar asap putih dari telinganya, Memerang berbisik dalam hati;

"Goblok! Dah lah kacau daun, habiskan tembakau terakhir aku. Nak berceramah pula pagi-pagi. Pencuri hebat!"

5.12.10

Sarapan Dalam Hujan Lebat di Rumah Oktagon

Mama Kumbang mahu ke tempat kerja. Di sebelahnya Anak Kumbang I sedang bersarapan susu segar bersama Koko Crunch. Anak Kumbang II sedang minum jus kranberi.

"Oh ma, hari ini pukul 8 malam saya ada persembahan ballet. Ma datang kan?" Anak Kumbang II tiba-tiba bersuara.

"Eh, malam ini? Bukan malam esok? Mama rasa mama dah tulis dalam organizer, 8 malam esok."

"Bukan, malam ini. Ma tak datang la yeh?"

"Hm, maaf sayang. Nampaknya tak. Mama kena pergi pertunjukan fesyen di Starhill Gallery. Ini pertunjukan penting. Indeed, mereka dah bayar mama untuk duduk di barisan hadapan. Jadi mama tak boleh batalkan dengan tiba-tiba."

Anak Kumbang I yang dari tadi hanya mendengar perbualan kecil tersebut tiba-tiba mencelah.

"Ha ha. Aku tak sangka kau beritahu mama pasal persembahan kau kali ni. Kan aku dah cakap dia takkan datang. Apa sangat gerak tari kau tu nak dibandingkan dengan busana fesyen oleh pereka-pereka fesyen antarabangsa yang serba hebat tu. Lagipun, mama mana minat ballet...."

"Hei, kenapa biadap sangat, nak? Jangan tuduh mama sembarangan!"

"Kenapa? Bukan ma penah beritahu saya itu hari yang ma sebenarnya tak sukakan ballet?"

"Heh. Kalau tak suka kenapa tak terus-terang saja, ma? Menonton secara terpaksa rupanya sejak dulu? Ha ha, rupanya sia-sia semua masa dan kesakitan yang saya dah lalui. Saya ingat lagi pertama kali saya ke kelas ballet, mama pernah cakap yang ma bangga saya pilih ballet. Jadi semenjak hari tu saya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh, untuk mama."

"Ah, kau yang bodoh..."

"Sebab pilih ballet?"

"Bukan sebab pilih ballet, tapi sebab pilih ballet demi mama. Bukan kau tak tahu dia bukannya selalu ada masa untuk kita. Maksud aku, kalau kau pilih tuba atau klarinet misalnya, memang tak tentu lagi ma suka, ya aku rasa dia memang tak minat pun. Tapi kau buat untuk diri kau. Bukan orang lain. Buat benda untuk orang lain, nanti kau jadi macam sekarang, roh kau dah hilang."

"Apa yang kau tahu sangat tentang diri aku?"

"Alah, bukan aku tak hidu malam-malam kau yang penuh kesedihan tu. Dan diet mengarut kau tu, tipu betul kau enjoy makan tofu dan sayuran setiap hari!"

"Oh, cakap pasal makan, hujung minggu ni jangan lupa ya kita ada sesi barbeku keluarga."

"Oh, mama. Kadangkala cuba mama berhenti pentingkan diri. Boleh, kan? Topik kita sekarang ialah anak mama yang dah merana dalam kehidupan, mostly sebab mama. Kalau kita fokus sedikit bila ahli keluarga kita sedang bercakap, tak rugi pun ma... Sesi barbeku tu siapa tak ingat. Bulan 12, maknanya nenek dan semua saudara-mara kita yang entah ingat atau tak nama kita tu akan datang. Tiada apa yang baru..."

Mama kumbang terkejut dengan kata-kata Anak Kumbang I. Mama Kumbang tiba-tiba tersedar bahawa kata-kata Anak Kumbang I merupakan sebuah realiti yang menyesakkan. Mukanya merah padam. Bunyi hujan di luar tambah menyesakkan lagi dada dan mindanya.

"Kumbang II, lega tak aku tolong keluarkan isi hati kau? Nak harapkan kau, habis tumpul semua pisau lipat aku. Belajar sikit berkomunikasi, bukan dok calarkan barang-barang dan lengan sendiri..."

Anak Kumbang II yang mula berasa pening lalu bangun dengan perlahan dari bangku bar merah kegemarannya.

"Nampaknya satu lagi hari yang dimulakan dengan kesialan. Terima kasih banyak Kumbang I. Kau memang abang yang indah."

"Sama-sama. Kau dah lambat, baik kita bergerak sekarang."

Kedua-dua anak kumbang menyusup keluar dari Rumah Oktagon. Mata Anak Kumbang II sedikit bersinar dengan kaca-kaca masin. Pelukan Anak Kumbang I yang agak kuat longgar seketika kala Anak Kumbang II menoleh ke belakang dan berkata;

"Oh ma, lupa nak cakap. Tunik ma hari ni cantik. Tak ubah macam keluarga kita."

Mama kumbang memandang dirinya yang disaluti tunik berwarna ungu kelam, berlatarkan satin hitam halus, buatan pereka fesyen terkenal dari Itali. Tunik berpotongan eksentrik yang lebar di bahagian bawah lengan dan tirus di bahagian pinggang dan punggung. Tunik itu bukan tunik kegemarannya. Ia merupakan pemberian arwah bapanya, yang dipakai atas dasar rindu, bukan nilai estetikanya.

4.12.10

surat untuk Hilal

Hilal,

Nampak luka di pipi saya tak?
Semalam saya kena tampar dengan kucing betina. Kuku dia tajam!
Dia salah faham, saya cuba berbual pasal Smashing Pumpkins, dia ingatkan saya panggil dia Pumpkin.
Adoh, garang betul...
Penat la asyik jadi kucing peluk.
Tolonglah bawa saya ke gym session kamu selepas ni. Saya rasa nak buat weight training juga la...


Si Mubon

27.11.10

dunia kaku untuk kita

bulan samar-samar
yang tersipu-sipu malu
di balik kepul-kepul awan
sejuk angin malam
yang mencengkam kuat tulang-temulang
minuman panas
anjing-anjing
yang menghirup udara pekat malam
pekan zombie
yang dikelilingi bukit-bukau
tempat persembunyian kabus-kabus
masa terus bergerak
tapi dunia luar kaku untuk kita
lampu-lampu jalan
manusia-manusia lain
yang bertarung dalam mimpi masing-masing
mungkinkah mereka
turut menghidu gulung-gulung
perasaan hati kita
yang persis kegelapan
dalam takungan gasolin
di bawah cahaya terang
yang dibawa ke gunung
dengan hantu-hantu

petang hari minggu

masa lapang
rasa nak dengar Francoise Hardy dekat padang
sambil baring
dongak ke langit
tengok ufo lalu-lalang
sambil berbual tanpa suara
dengan kau

(:

17.11.10

musim tengkujuh

Hari ni mahu jogging, hujan

Semalam mahu berenang, ribut petir


---

Jogging dalam air, berenang atas awan

---

Tamat

11.11.10

ode to vanity

she just loves acorns, berries, small bunnies
and grasshoppers too
her sporadic slothfulness
always makes her imagination runs wild
how she wishes
that all of her favourites can be mashed together
creating a smoothie-like substance
chilled, consumed while reading her favourite comic
on scorching hot day like this

she runs
and runs with her short, muscular legs
runs without a definite direction
and ponders
the uncertainties that bring nothing
other than miseries
and calamities
however
she never feels this high
hence keeps on running
how awfully she loves running like this
that she keeps on running
running astray

the sun almost rises
she needs to go back desperately
to her favourite spot in the woods
her hard yet comfy rock bed
so she can still be calm
despite the episodic blues
that strikes hard
throws herself in a deep sleep
washing away all of the absurdities
with the silence of the woods
and the beautiful smell of the moist leaves

---

gf

4.11.10

primat

Ladybird: Sekarang kawasan kejiranan kita banyak monyet liar kan.

Mentadak-mentadu: Diorang buat kacau ke?

Kupu-kupu: Ya. Aku nampak habis syampu-syampu Ladybird dicuri. Monyet-monyet tu curi, sekadar ingin tahu, kemudian baling semuanya ke tingkat bawah.

LB: Oh ya, diorang suka lalu lalang atas atap rumah aku.

KK: Itu rupanya! Aku juga kerap dengar bunyi derap kaki di bumbung rumah! Aku sangkakan hantu! Lucu!

LB: Hm, mungkin sebab dekat sebelah kubur tu masalah pembasmian hutan dah teruk. Jadi semua monyet dah lari ke sini.

KK: Ya. Kesian. Semuanya demi mahu melebarkan jalanraya...

MM: Nasib baik mereka tak buat pembasmian kubur. Kalau tidak mungkin semua zombies lari ke sini.

27.10.10

Malam Ini Cela

Malam sejuk. Bulan hampir penuh. Dua sahabat baik, Landak dan Rakun berbual dalam kegelapan di bawah bumbung infiniti tanpa tiang. Ada sedikit kepul-kepul awan kelabu melitupi langit gelap, sesekali mereka bergerak perlahan menyembunyikan bulan.




Landak: Aku penat dengan kegagalan.

Rakun: Hm, apa maksudnya, kegagalan?

Landak: Kau tipu kalau kau tak tahu maksud kegagalan.

Rakun: Bukan, maksud aku definisi kau sendiri. Apa yang salahnya dengan kegagalan?

Landak: Kegagalan dah ragut banyak benda dari kehidupan aku.

Rakun: Alah, ragut. Bukan bunuh.

Landak: Maksud kau?

Rakun: Selagi jiwa kau masih bernafas, aku rasa kau masih baik-baik sahaja. Benda-benda dalam hidup kau tu kecil nak dibandingkan dengan jiwa kau. Kalau kita bandingkan benda-benda lain dengan jiwa, aku rasa sesuai aku guna perkataan 'picisan', untuk benda-benda lain tu.

Landak: Picisan? Tiba-tiba kau menghakimi aku. Kau fikir kita rapat, kau dah cukup tahu semua yang aku pernah lalui?

Rakun: Hei, hei. Bernafas. Maksud aku secara umum, bukan spesifik.

(Landak cuba bernafas dengan panjang-panjang, tapi nafasnya yang hujung agak tersekat-sekat)

Landak: Aku mahu dadah, mungkin boleh hilangkan semua kegusaran. Kau ada?

Rakun: Kau mahu jenis apa?

Landak: Kau ada meth?

Rakun: Ha ha. kau ni, sungguh 90-an...

Landak: Kenapa? Takkan dalam hal ni pun kau rasa trend tu penting?

Rakun: Ada aku sentuh pasal trend ke?

Landak: Tak ada. Tapi kau cakap aku 90-an, apa maksud kau? Aku ketinggalan sebab nak meth?

Rakun: Kau cepat melatah. Bukan tu yang aku maksudkan. Lupakan. Hm, bila kau mahu?

Landak: Sekejap. Aku tak puas hati. Kenapa kau cakap aku 90-an?

Rakun: Adoh. Malam ni terlalu nyaman untuk aku berdebat dengan kau macam biasa. Tak, dengar ni. Aku tak persoalkan pun taste kau. Malam ni kita rehat-rehat saja, ya? Otak aku penat. Kalau kau nak meth malam ini, aku tak ada. Nanti aku belikan dari Panda. Mungkin malam esok.

Landak: Aku tahu sebenarnya kau mentertawakan aku, dalam hati. Tak apa. Aku tetap dengan pilihan aku.

Rakun: Kau asyik bermain dengan emosi malam ni. Nampak gayanya kau tak menghayati langsung pun semangat angin malam ni. Membazir.

Landak: Membazir apa? Waktu kau berehat dengan aku malam ini?

Rakun: Bukan, membazir tenaga. Tenaga angin.

Landak: Ah, itu semulajadi. Tak melibatkan pembaziran langsung. Kenapa kau tak lebih jujur, cakap saja kau rasa aku membazirkan masa kau malam ini.

(Rakun tiba-tiba bangun dari bermalas-malasan)

Rakun: Esok aku belikan kan meth. Dan nampak gaya macam kau perlu Prozac sekali. Jangan bunuh diri dulu malam ni, nanti membazir pula. Malam.

(Rakun berjalan dengan lemah longlai dan menuju ke kedai serbaneka)

(Landak menutup matanya dan pura-pura menghayati bunyi malam)



Malam makin sejuk hingga meresapi tulang-temulang kedua-dua sahabat baik. Kepul-kepul awan semakin rakus menyembunyikan bulan. Kelam... Kelam... Kelam...

24.10.10

"We are not tired we are pieces of dead meat walking around engin(eering)."

- Sofia Syed Sulaiman -

17.10.10

Menyelam dengan sekumpulan jerung

Keyataan ini hanya mempunyai kaitan dengan mereka yang telah berpunya:

Flirting dengan lelaki/perempuan lain ibarat menyelam secara teruja di dasar laut cetek yang penuh dengan terumbu karang berwarna-warni, sambil dikelilingi sekawanan jerung berkepala tukul licin (smooth hammerhead shark. Ha ha). Bunyinya seronok tapi kita takkan tahu apa yang akan jadi seterusnya.

10.10.10

What is beauty?

I

The beauty of me dark room at Vavu will be the chirping crickets (they’re already becoming a part of me that at times, I can’t really tell whether they are real or merely hallucination), my so-called minimalistic bed sheet and them lovely bugs:

* Spiders (they’re mysterious. I rarely see them but they do leave some very handsome web by my window)

* Moths (aren’t they just, cute? Those powdery little wings. Ha ha)

* Beetles (sadly, they would usually end up dead by the end of the day)

-------------------------------------------

II

The beauty of me home will be the hanging bookshelf at me room, the sparkling clean toilet, the bloody efficient internet connection, the oh-so-comfy bed, the people and Maki, the cat.

--------------------------------------------

III

The beauty of night will be the imperfect moon (together with nearby bright planets), the constellations, and them dark clouds in the surreal sky.

7.10.10

bakat terpendam

Perhatian kepada landak, panda merah dan burung hantu yang berminat untuk menyertai bidang penceritaan, sila datang ke audition sebuah apolog yg bertajuk "0". Hanya ada satu sesi iaitu sesi malam (terutamanya semasa kenalan anda yang lain sedang membaiki sel-sel otak tipikal mereka, atau pada hari-hari langit kelihatan lebih surreal). Tarikh mulai hari ini hingga akhir November.

Good Luck! (:

vulpecula

I am not a star.
But we are a constellation.

17.9.10

Bertukang Secara Minor

Simetri.
Paku.
Tukul kuku kambing.

Dapur tanpa fume hood, hanya sebuah kipas asap kecil.
Keegoan masing-masing.
50cm dan 49.9cm: dekat, tapi tak sama.
Pergaduhan kecil.

Ibu.
Anak perempuan.
Kerja pertukangan.



14.9.10

Perihal Malam Jumaat

Sedang dia mencedok air sejuk dari kolah seramik
Jubin putih hari ini menerima tetamu comel
Dia jeda sebentar
Labah-labah mengenjutkan badan
Menghentakkan dua, tiga kaki halusnya secara berselang-seli
Mungkin senang hati beriadah di atas sejuk jubin putih bilik air

Kala semua manusia sedang enak dibuai mimpi biasa mahupun lucid
Dia memandang bucu kanan siling kamar
Kosong
Tidak seperti benaknya ketika itu
Dia menoleh, ke arah bucu yang satu lagi
Tiba-tiba segala resahnya hari itu diubati
Angin malam dari alam berserta angin dari kipasnya membuatkan rupa sawang yang menghiasi siling kamarnya persis sperma yang sedang berenang-renang gembira

Gebar ditarik
Dada dan wajahnya ditutupi
Dia sengih sendiri

Labah-labah mengenjutkan badan
Menyanyi kecil dalam selirat sarangnya
Kelkatu resah
Kelkatu memejamkan matanya
Hanya mampu bermimpi lucid

6.9.10

Mengidam nasi lemak (tanpa dendam)

Seperti biasa, Schleepyhead bangun pada waktu Asar hampir berakhir. Dengan lemah ia ke kafe untuk membeli makanan berbuka.

Kelihatan beberapa pasangan merpati dua sejoli dan geng-geng yang berkongsi ideologi sudah siap sedia di meja-meja dengan makanan berbuka masing-masing. Schleepyhead yang kebiasaannya kurang gemar makan nasi lemak tiba-tiba teringin nasi lemak sotong hari ini. Ia menuju ke arah sebuah gerai yang nampak gayanya mempunyai kepakaran dalam nasi lemak. Beberapa nasi lemak yang sudah siap dipek dengan lauk disusun kemas di dalam raga.

'Satu nasi lemak sotong.'

'Sepuluh ringgit.'

'Hah?!'

'Ya sepuluh ringgit. Itu harga normal bila tiba waktu berbuka.'

'Mana mungkin sebungkus nasi lemak sotong berharga sepuluh ringgit! Apa logiknya?'

'Mudah. Cuba kamu perhatikan gerai-gerai lain. Semua makanannya sudah habis dijual, bukan? Bila tiba waktu berbuka mereka yang terdesak akan datang ke sini membeli nasi lemak, walaupun pada dasarnya bukan nasi lemak yang sebenarnya mereka mahu untuk berbuka. Stok kami banyak. Jadi, kalau harga mahal pun orang akan beli nasi lemak ini. Kamu untung, dapat memintasi kelaparan, berbuka mengikut waktu. Kami peniaga pun untung juga, dapat duit lebih sedikit.'

'Ah, ini propaganda!' Bentak Schleepyhead sambil menghentak meja.

Pasangan-pasangan merpati dua sejoli dan geng-geng yang berkongsi ideologi yang dari tadinya ralit menahan kecur air liur menunggu waktu azan berkumandang secara automatis mengalihkan pandangan mereka ke arah adegan yang dibintangi oleh Schleepyhead. Ada yang tertawa kecil, tersenyum sinis, malahan, ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri.

Selang beberapa milisaat seterusnya, kedengaran gema azan. Perhatian para pengunjung kafe tertumpu semula ke arah makanan masing-masing. Dengan longlai (baca: yang disebabkan oleh kelaparan, bukan kekecewaan) Schleepyhead berjalan pulang menuju ke arah biliknya. Ia nekad untuk berbuka air suam sahaja. Fikirnya, 'Ah, berbuka dengan air suam dan ditemani sebuah buku yang indah lebih bermakna daripada makan nasi lemak propaganda. Ha ha.'



6.7.10

Buat Satu Nafsu I

Malam ini Dobid memilih untuk tidak statik, tidak seperti hari-hari biasa yang selalunya dihabiskan sendiri, mempersoal kenapa rahangnya tak mewarisi kekuatan dan ketajaman rahang bapanya, Kimi.

"Yeh, memang aku nampak hodoh lagi, macam selalu. Tapi daun pokok mulberi memang buat aku kecur air liur, terpaksa keluar juga hari ni. Nak makan puas-puas sebab semalam dah puas berlapar."

Seperti biasa, Dobid merayap secara sangat perlahan menuju ke arah daun yang lebih segar dan tidak berlubang-lubang. Walaupun Dobid berat badan, dia mempunyai selera tinggi, Dobid benci berkongsi daun dengan beluncas lain. Dobid beranggapan bahawa ludah mereka akan merosakkan rasa asli daun mulberi yang pahit kemanis-manisan.

Selepas penat bertarung dengan sifat malas, Dobid senyum, puas hati kerana akhirnya berjaya sampai ke daun yang segar, lembut dan bebas dari lubang-lubang. Dan yang penting, bebas dari komuniti beluncas lain. Dengan perlahan, tanpa sebarang gangguan, Dobit menghayati keenakan daun mulberi segar.

"Ahhh.... Memang puas. Tak syak lagi aku memang dilahirkan supaya aku dapat merasai daun mulberi, ibarat daun dari syurga! Persetan saja rahangku yang lemah! Aku mahu juga makan sampai puas! Ini baru namanya kepenatan yang berbaloi!"

Dobid tiada kawan. Dobid beranggapan masa hidupnya yang memang sah singkat tak patut dibazirkan dengan perbualan kosong. Perbualan yang diwujudkan semata-mata untuk memecahkan rasa janggal semasa bertemu dengan seseorang (atau sesebeluncas? ha ha) yang baru. Dobid lebih selesa bersoal-jawab dengan dirinya sendiri jika ada sebarang perkara atau permasalahan yang dirasakannya mind-boggling.

Tiada satu hari pun yang dihabiskan oleh Dobid tanpa sesi soal-jawab bersama dirinya sendiri. Kali ini, sedang Dobid asyik mengunyah daun mulberi kegemarannya, dia terfikir tentang kesudahan hidupnya sebagai beluncas. Dia tidak bersetuju dengan ritual biasa nenek moyangnya; memintalkan benang sutera semata-mata mahu mengelakkan diri daripada menjadi habuan pemangsa, sebelum bertukar menjadi dewasa dan keluar mencari pasangan.

"Tak masuk akal. Kenapa perlu aku mengurung diri sendiri di dalam kokun, seterusnya perlu berlapar dahaga semata-mata menunggu waktu dewasa nanti? Sedangkan aku sepatutnya boleh menikmati semua daun mulberi segar ini sementara menunggu saat-saat kematianku. Aku tak mahu menjadi dewasa macam ibu bapaku dan semua nenek moyangku yang aneh! Aku mahu kekal menjadi beluncas sebelum mati!"

Maka, Dobid berfikir dia perlu nekad untuk terus menjamu daun mulberi tanpa perlu memanjat ranting pokoknya untuk memintalkan benang sutera. Dia betul-betul tidak mahu mengikut jejak langkah nenek moyangnya. Dia enggan menjadi dewasa.


(idea hilang. bersambung bila dia muncul kembali. ha ha.)