31.12.11

kopi

hallo.
dear favourite monsta.
i wish to talk to you over coffee.
decent coffee.
and decent conversation.
one fine day.
(:

28.10.11

pantun

lepas membaca tulisan sufi,
terasa diri jauh dan miskin,
lautan dalam penuh misteri,
siapa tahu dimensi lain!

terlajak perahu boleh berundur,
terlajak kata hati binasa,
kadangkala hamba lupa bersyukur,
maafkan hamba si manusia biasa.

indah wanita lemah gemalai,
tapi hatiya kalis peluru,
hati riang mulalah lalai,
bila bersedih baru merindu.

bulan peneman malam yang gelap,
bersama cegkerik dan kunang-kunang,
apa gunanya iman yang malap,
kalau tak asah makin berkurang.

musim hujan si melankolik,
gunung-ganang berkabus indah,
ujian mendatang janganlah serik,
tabahkan hati lalu berserah.


22.9.11

maka

walaupun tak pernah terserempak tapi yakin itu bunyi cengkerik. rumput bersyukur dapat mandi embun lagi. maka cengkerik pun terus berzikir biar bulan dah bertukar shif dengan matahari. subhanallah, walhamdulillah, walailahaillah, wallahuakbar (:

20.7.11

abah


baru-baru ini, semasa saya sedang tidur di atas sofa di rumah makcik, bapa mengejut saya untuk solat subuh dengan memanggil nama sambil menyentuh pipi saya dengan tapak tangannya. ia sejuk dan berbau sabun mandi. saya serta-merta membuka mata, memandang bapa saya yang berkemeja lengkap (dia sedang menuju ke arah meja, menuang cornflakes dan susu) sambil memikirkan dia ialah lelaki yang paling saya sayang.


17.7.11

malam-malam

malam-malam nonton video-video akustik brmc
dan bon iver
kipas laju
katil empuk
ah
sedap
(:

25.6.11

the way

the only way to get closer to You is
to have
more actions and less questions

5.6.11

to rush

rushing into things will lead you to nothing.
and
absurdity seems to keep on haunting.

blweh...

25.5.11

tidur bersama hantu

tak tidur
esoknya dengar bunyi orang bercakap jadi macam bunyi lalat

tidur banyak
pipi tembam

tidur cukup
enak

tidur dengan hantu
lega kalau hantu pun turut tidur
kalau dia berjaga baru tak dapat tidur rasanya

ha ha

5.5.11

eat. and read

you are wot you eat.
you are wot u read.
eat no evil food.
read no evil book.

30.4.11

nenek gunung

ada seorang nenek tinggal di kaki gunung
dia tinggal sendiri
setiap hari dia akan memanjat ke puncak
dengan laluan yang berbeza pada setiap hari
hutan di gunung itu tebal
dilitupi pokok-pokok dan batu-batu yang garang
orang (terutamanya yang dari bandar) yang datang ke gunung itu
mestilah pendaki yang berpengalaman
untuk menawan puncak gunung tersebut
nenek gunung itu paru-parunya kuat
walaupun dia selalu saja menghisap tembakau
yang digulung dengan kemas dan teliti
tiada siapa tahu kenapa nenek itu tinggal sendiri
mukanya kedut seribu
para pendaki yang datang mendaki
mesti disapa dengan senyuman berseri
bibirnya kerepot tapi manis
semua pendaki yang terserempak dengannya
mesti berasa lega
dan tambah yakin untuk meneruskan pendakian
suatu hari sedang nenek dengan penuh gemalai
melangkah batuan tajam yang terletak berhampiran puncak
dia tiba-tiba perlukan tembakau kegemarannya
dia menyeluk poket kiri dan kanan
juga menguis tepi telinganya
nampak gaya nasib tak menyebelahi
"aduh, kali ini aku lupa!"
nenek duduk sebentar di atas batu yang paling selesa
sambil memikirkan nasibnya malam ini tanpa tembakau
dia bakal berada di puncak
yang hanya dipenuhi tumbuhan renek
dan serangga-serang pelik
kalau bernasib baik
mungkin ada pendaki yang bermalam di puncak malam ini
harap-harap mereka bawa tembakau
bisik nenek dalam hati
dia kembali melangkah
dengan penuh harapan
di puncak
dua pendaki sedang menghidupkan api
dalam beg mereka tiada tembakau
tapi hanya ada daun lain
nenek bakal kecewa
atau mengalami anjakan paradigma
ha ha!

11.4.11

bah. . .

jangka masa tanpa apa-apa yang terlalu lama membuatkan manusia hilang rasa thrill, seterusnya jadi malas-malas.

tapi tentu sekali tak boleh guna pakai untuk semua perkara.



khas buat yang pernah berhadapan dengan gap terlalu lama menunggu kertas peperiksaan terakhir ;)

3.4.11

keterujaan

berbual macam esok tak wujud: pensyarah kalkulus, kalkulus, catan-catan abstrak, buku-buku yang pernah dibaca, marikh, grunge bands, langit gelap, puisi-puisi, manusia, kesilapan-kesilapan (ada macam-macam lagi tapi tak dapat nak recall semua sekarang).

dulu: belum tahu, jadi eager nak tahu semua benda.

sekarang: dah tahu, jadi tak eager dah.

ha ho cute betul lah kau ni (bukan nada sinis).

20.3.11

puke

hampa betul bila tiba-tiba rasa sangat mual lepas cabar diri sendiri buat sesuatu yang dah lama ditinggalkan
asyik rasa hampa memang tak bagus
nanti bertambah pesimis dengan bermacam-macam benda/perkara/manusia
tapi perasaan mual tu dah mewujudkan benda baru yang lebih negatif
serik

khas buat yang dah lama meninggalkan durian dan love

al-janhar

alasan, janji dan harapan
kamus patut mansuhkan tiga-tiga perkataan ini
hi hi

puas hati

i
kucing belaan jadi gembira betul bila dapat keluar rumah
teruja habis memanjat bumbung
duduk dalam rumah terlalu bosan berangkali
arnab pula mungkin bosan duduk dalam sangkar
jadi bila dapat masuk rumah
arnab belaan melompat, berlari-lari laju macam tak ada esok

ii
bila hati tak keruan
adu pada Tuhan
walau tahu amalan caca-marba

iii
kita sedar yang kita wujud
cuma kadang-kadang lupa ada yang lain
yang lebih penting dari kepentingan yang kita asyik pentingkan


i: mula-mula nak tuduh kucing belaan dan arnab tak bersyukur. tapi tak jadi sebab nature haiwan pemangsa, adventurous. haiwan mangsa, pantas. ha ha nak buat-buat NatGeo

ii & ii: manusia. memang bunyi klise tapi nak buat macam mana. .

losing touch

it's bad enough to lose touch with them loved ones
but it won't be as bad as losing touch with your inner self
or the worst case of losing touch with God
maybe we need to remind ourselves that
we're not immortal

30.1.11

rehat

Kewujudan dan keindahan alam khas untuk yang sedikit terlupa kekuasaan Tuhan dan yang nak berehat daripada hubungan dengan manusia

demotivation

"Aku dah ada kau pula tak ada. Bollocks.", kata hujan kepada angin.

26.1.11

bengkok

Kalau ada satu rod aluminium yang dibengkokkan.
Kalau kita bayangkan hasilnya ialah rod berbentuk 'U' kita akan cakap, "Bahagian atas mengalami compression dan yang bawah tension."
Seseorang membalas, "Eh, bukan yang atas tension dan bawah compression, ya?"
Kalau yang tak mampu twist sikit dari kelaziman yang flexural test selalunya akan melibatkan beban dari arah atas, dengan dua sokongan dari arah bawah (belah kiri dan kanan), akan menidakkan.
Kalau yang berjaya twist akan mengiakan.
Kalau yang bijak akan mengiakan sambil menambah "Cuma kita terlupa dekat tengah-tengah rod tu ada shear.

Jelas sekali ketiga-tiga pendapat 'halal' untuk dihadam oleh logik akal. Siapa sebenarnya yang berhak menentukan apa yang salah dan apa yang betul? Pendapat saya ialah tiada siapa. Tapi jawapan tersebut agak dangkal dan berbunyi seolah-olah saya tak percaya Tuhan. Jadi kepada yang percaya Tuhan saya akan jawab, Tuhan. Semua makhluk hanya layak untuk menentukan sama ada mahu jadi lebih rigid atau flexible. Tapi siapa saya nak menentukan siapa yang layak dan siapa yang tak layak (untuk apa-apa perkara pun)? Sayang banyak yang kadangkala cenderung mensia-siakan nikmat akal. Tentu sekali termasuk saya. Oh, lagi satu. Terbukti bukan yang kejuruteraan (yang kononnya harus jadi rigid) kadang-kadang boleh jadi menarik? (muntah darah)

Sekian, Hikayat Manusia. Ha ha

13.1.11

sloths

Dalam perbualan telefon antara sloth i dan sloth ii.

sloth i: hati jadi berdebar-debar tahu kalau dapat rasakan yang kau mungkin berdekatan, tapi aku tak nampak kau.

sloth ii: kenapa?

sloth i: takut terkejut kalau-kalau senyuman kau bila aku tiba-tiba ternampak kau tu, lagi indah dari biasa.

sloth ii: ha ha. itu lucu. kadang-kadang kau tak sedar yang kau boleh jadi comel, kan?

sloth i: mungkin. hei, cepat la sampai. penat aku berdiri dari tadi. aiskrim aku dah habis. kau di mana?

sloth ii: sedang dok perhati punggung kau.

Sloth i serta-merta menoleh ke belakang, diikuti drum roll hebat yang dimainkan oleh Hati.

3.1.11

petang

hari-hari duduk dalam bangunan
tanpa pengudaraan dan pencahayaan
yang sistematik
di luar
mungkin hujan sedang berlumba-lumba menyembah bumi
mungkin juga matahari sedang garangnya memancar
mungkin angin sedang meniupkan skirt gadis-gadis comel
atau langit sedang berwarna ungu
ala-ala aurora
tapi kita tak tahu
ibarat duduk dalam gua
kadangkala muncul sakit dada
dan kepala
rasa mual
tapi
sebab petang ini
cuaca nyaman
kalau disia-siakan
memang rugi besar
sekarang juga mahu keluar
dan bergembira dengan alam!

ubat muntah kala siapkan ass-sigh-men





Works all the time, eh?
Have a nische day! :D

i miss the nick channel

1.1.11

Pause

Kau sedang menonton sebuah filem indah pada waktu pagi. Rasanya hidup seolah-olah kau berada dalam filem tersebut. Tiba-tiba langit nampak sedikit gelap. Angin sejuk bertiup kencang, lengkap dengan bunyi menakutkan, menyelinap masuk ke urat-urat dan tulang-temulang kau. Beberapa ketika kemudian hujan ais mula menyinggah di bumbung rumah kau. Kilat datang sabung menyabung. "Potong betul..." Bisik hati kau. Kau terpaksa tekan pause dan matikan laptop. Gelap. Selesa. Kau duduk-duduk sambil minum kopi pekat. Sedut tembakau berkualiti tinggi. Walaupun kau suka duduk dalam gelap, kau tetap tak dapat lari dari menaruh harapan agar cuaca yang tegang kembali reda dan nyaman seperti sediakala. Ternyata nasib tak menyebelahi kau, keadaan yang menyeksakan itu berlarutan hingga ke esok hari. Bila matahari mula muncul, kau dengan ghairahnya menekan butang play sambil menunggu saki-baki filem indah tadi. Tapi sayang, keterujaan kau dah tak sama macam masa menonton mula-mula. Barangkali sebab dah pause terlalu lama.