30.12.10

Rugi

Disebabkan dia suka memilih tidur daripada perkara-perkara lain, lewat pagi itu dia terkilan kerana tak puas menikmati ombak besar Laut China Selatan. Dia terpaksa akur untuk bersarapan pagi bersama keluarganya. Bentaknya, "Eh, tidur macam dah curi konsep dadah. Ambil lebih binasa, ambil ikut dos nyaman. "

Pada malam itu dia nekad untuk tidak tidur. Dia takut terlepas meteor yang mungkin muncul di langit pekat malam tersebut.

Tapi setelah berjaga seorang diri hingga dinihari, tiada bayang meteor kelihatan. Yang ada hanya nyamuk-nyamuk yang sedang riot.

Tamat.

Memori

Selain untuk hal-hal yang nampak mustahak (terpulang pada apa yang kau tafsirkan sebagai mustahak) seperti survive dalam jurusan yang kau ambil, janji-janji dan temujanji-temujanji, kerja amal yang kau dah daftarkan diri, belikan barang yang emak kau suruh beli di pekan, hukum-hukum tajwid, tugasan yang perlu diselesaikan, manusia yang perlu dibelai, bermuhasabah diri. Juga untuk yang nampak kecil macam hafal sifir, tegangkan cadar, prosa indah yang pernah dibaca, warna langit semalam, not-not seksofon, apa yang sudah dimasak untuk keluarga minggu lepas, filem apa yang belum lagi dikaji, bagi kucing makan. Tentulah tak terkira apa lagi yang patut disenaraikan (lagipun siapa sebenarnya yang berhak menentukan apa yang patut dan apa yang tak. Ha ha).

Memori. Kalian manfaatkan untuk apa?

tak cukup

Pagi itu sedang Tuntung menghirup secangkir kopi pekat, tiba-tiba dia terasa ingin kacau daun rakannya Memerang yang sedang menikmati sarapan paginya, Komik Orang Dewasa.

"Kau pernah jatuh cinta?"

"Pernah."

"Kau rasa cinta kau dapat tu cukup?"

"Rasanya ya."

"Ya atau tidak?"

"Hm. Aku sebenarnya masih samar-samar dengan apa sebenarnya yang dikatakan cinta. Jadi aku tak dapat bagi jawapan yang pasti. Kiranya, kadang-kadang aku rasa cukup, kadang-kadang tak."

"Jawapan kau tu aku kira kau pernah jatuh cinta. Cuma mungkin kau tak pasti cinta tu jenis apa, bukan?"

"Ya."

"Kalian ada hobi yang dikongsi? Sesuatu yang bukan dibuat secara paksa. Maksud aku hobi yang bukan disebabkan kalian sedang bercinta, tapi sesuatu yang betul-betul membuatkan kalian sama-sama rasa puas."

"Ada."

"Berapa kerap kalian melakukan hobi itu bersama?"

"Jarang-jarang."

"Duit tak ada?"

"Tak. Hobi ni percuma."

"Kesuntukan masa?"

"Ya. Tambahan lagi kami terlalu sibuk. Jadi masa memang tak pernah cukup."

"Bohong."

"Apa bohong? Betul lah, tiada masa."

"Kau biasa mencuri?"

"Tak."

"Cuba biasakan. Tapi bukan mencuri yang konvensional tu, sebaliknya kau curi masa."

"Masa yang sedia ada untuk semua makhluk pun tak pernah cukup. Macam mana pula aku nak curi."

"Alasan. Kau cuba curi masa. Baru kau rasa cukup."

Sambil keluar asap putih dari telinganya, Memerang berbisik dalam hati;

"Goblok! Dah lah kacau daun, habiskan tembakau terakhir aku. Nak berceramah pula pagi-pagi. Pencuri hebat!"

5.12.10

Sarapan Dalam Hujan Lebat di Rumah Oktagon

Mama Kumbang mahu ke tempat kerja. Di sebelahnya Anak Kumbang I sedang bersarapan susu segar bersama Koko Crunch. Anak Kumbang II sedang minum jus kranberi.

"Oh ma, hari ini pukul 8 malam saya ada persembahan ballet. Ma datang kan?" Anak Kumbang II tiba-tiba bersuara.

"Eh, malam ini? Bukan malam esok? Mama rasa mama dah tulis dalam organizer, 8 malam esok."

"Bukan, malam ini. Ma tak datang la yeh?"

"Hm, maaf sayang. Nampaknya tak. Mama kena pergi pertunjukan fesyen di Starhill Gallery. Ini pertunjukan penting. Indeed, mereka dah bayar mama untuk duduk di barisan hadapan. Jadi mama tak boleh batalkan dengan tiba-tiba."

Anak Kumbang I yang dari tadi hanya mendengar perbualan kecil tersebut tiba-tiba mencelah.

"Ha ha. Aku tak sangka kau beritahu mama pasal persembahan kau kali ni. Kan aku dah cakap dia takkan datang. Apa sangat gerak tari kau tu nak dibandingkan dengan busana fesyen oleh pereka-pereka fesyen antarabangsa yang serba hebat tu. Lagipun, mama mana minat ballet...."

"Hei, kenapa biadap sangat, nak? Jangan tuduh mama sembarangan!"

"Kenapa? Bukan ma penah beritahu saya itu hari yang ma sebenarnya tak sukakan ballet?"

"Heh. Kalau tak suka kenapa tak terus-terang saja, ma? Menonton secara terpaksa rupanya sejak dulu? Ha ha, rupanya sia-sia semua masa dan kesakitan yang saya dah lalui. Saya ingat lagi pertama kali saya ke kelas ballet, mama pernah cakap yang ma bangga saya pilih ballet. Jadi semenjak hari tu saya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh, untuk mama."

"Ah, kau yang bodoh..."

"Sebab pilih ballet?"

"Bukan sebab pilih ballet, tapi sebab pilih ballet demi mama. Bukan kau tak tahu dia bukannya selalu ada masa untuk kita. Maksud aku, kalau kau pilih tuba atau klarinet misalnya, memang tak tentu lagi ma suka, ya aku rasa dia memang tak minat pun. Tapi kau buat untuk diri kau. Bukan orang lain. Buat benda untuk orang lain, nanti kau jadi macam sekarang, roh kau dah hilang."

"Apa yang kau tahu sangat tentang diri aku?"

"Alah, bukan aku tak hidu malam-malam kau yang penuh kesedihan tu. Dan diet mengarut kau tu, tipu betul kau enjoy makan tofu dan sayuran setiap hari!"

"Oh, cakap pasal makan, hujung minggu ni jangan lupa ya kita ada sesi barbeku keluarga."

"Oh, mama. Kadangkala cuba mama berhenti pentingkan diri. Boleh, kan? Topik kita sekarang ialah anak mama yang dah merana dalam kehidupan, mostly sebab mama. Kalau kita fokus sedikit bila ahli keluarga kita sedang bercakap, tak rugi pun ma... Sesi barbeku tu siapa tak ingat. Bulan 12, maknanya nenek dan semua saudara-mara kita yang entah ingat atau tak nama kita tu akan datang. Tiada apa yang baru..."

Mama kumbang terkejut dengan kata-kata Anak Kumbang I. Mama Kumbang tiba-tiba tersedar bahawa kata-kata Anak Kumbang I merupakan sebuah realiti yang menyesakkan. Mukanya merah padam. Bunyi hujan di luar tambah menyesakkan lagi dada dan mindanya.

"Kumbang II, lega tak aku tolong keluarkan isi hati kau? Nak harapkan kau, habis tumpul semua pisau lipat aku. Belajar sikit berkomunikasi, bukan dok calarkan barang-barang dan lengan sendiri..."

Anak Kumbang II yang mula berasa pening lalu bangun dengan perlahan dari bangku bar merah kegemarannya.

"Nampaknya satu lagi hari yang dimulakan dengan kesialan. Terima kasih banyak Kumbang I. Kau memang abang yang indah."

"Sama-sama. Kau dah lambat, baik kita bergerak sekarang."

Kedua-dua anak kumbang menyusup keluar dari Rumah Oktagon. Mata Anak Kumbang II sedikit bersinar dengan kaca-kaca masin. Pelukan Anak Kumbang I yang agak kuat longgar seketika kala Anak Kumbang II menoleh ke belakang dan berkata;

"Oh ma, lupa nak cakap. Tunik ma hari ni cantik. Tak ubah macam keluarga kita."

Mama kumbang memandang dirinya yang disaluti tunik berwarna ungu kelam, berlatarkan satin hitam halus, buatan pereka fesyen terkenal dari Itali. Tunik berpotongan eksentrik yang lebar di bahagian bawah lengan dan tirus di bahagian pinggang dan punggung. Tunik itu bukan tunik kegemarannya. Ia merupakan pemberian arwah bapanya, yang dipakai atas dasar rindu, bukan nilai estetikanya.

4.12.10

surat untuk Hilal

Hilal,

Nampak luka di pipi saya tak?
Semalam saya kena tampar dengan kucing betina. Kuku dia tajam!
Dia salah faham, saya cuba berbual pasal Smashing Pumpkins, dia ingatkan saya panggil dia Pumpkin.
Adoh, garang betul...
Penat la asyik jadi kucing peluk.
Tolonglah bawa saya ke gym session kamu selepas ni. Saya rasa nak buat weight training juga la...


Si Mubon