3.1.11

petang

hari-hari duduk dalam bangunan
tanpa pengudaraan dan pencahayaan
yang sistematik
di luar
mungkin hujan sedang berlumba-lumba menyembah bumi
mungkin juga matahari sedang garangnya memancar
mungkin angin sedang meniupkan skirt gadis-gadis comel
atau langit sedang berwarna ungu
ala-ala aurora
tapi kita tak tahu
ibarat duduk dalam gua
kadangkala muncul sakit dada
dan kepala
rasa mual
tapi
sebab petang ini
cuaca nyaman
kalau disia-siakan
memang rugi besar
sekarang juga mahu keluar
dan bergembira dengan alam!

ubat muntah kala siapkan ass-sigh-men





Works all the time, eh?
Have a nische day! :D

i miss the nick channel

1.1.11

Pause

Kau sedang menonton sebuah filem indah pada waktu pagi. Rasanya hidup seolah-olah kau berada dalam filem tersebut. Tiba-tiba langit nampak sedikit gelap. Angin sejuk bertiup kencang, lengkap dengan bunyi menakutkan, menyelinap masuk ke urat-urat dan tulang-temulang kau. Beberapa ketika kemudian hujan ais mula menyinggah di bumbung rumah kau. Kilat datang sabung menyabung. "Potong betul..." Bisik hati kau. Kau terpaksa tekan pause dan matikan laptop. Gelap. Selesa. Kau duduk-duduk sambil minum kopi pekat. Sedut tembakau berkualiti tinggi. Walaupun kau suka duduk dalam gelap, kau tetap tak dapat lari dari menaruh harapan agar cuaca yang tegang kembali reda dan nyaman seperti sediakala. Ternyata nasib tak menyebelahi kau, keadaan yang menyeksakan itu berlarutan hingga ke esok hari. Bila matahari mula muncul, kau dengan ghairahnya menekan butang play sambil menunggu saki-baki filem indah tadi. Tapi sayang, keterujaan kau dah tak sama macam masa menonton mula-mula. Barangkali sebab dah pause terlalu lama.

30.12.10

Rugi

Disebabkan dia suka memilih tidur daripada perkara-perkara lain, lewat pagi itu dia terkilan kerana tak puas menikmati ombak besar Laut China Selatan. Dia terpaksa akur untuk bersarapan pagi bersama keluarganya. Bentaknya, "Eh, tidur macam dah curi konsep dadah. Ambil lebih binasa, ambil ikut dos nyaman. "

Pada malam itu dia nekad untuk tidak tidur. Dia takut terlepas meteor yang mungkin muncul di langit pekat malam tersebut.

Tapi setelah berjaga seorang diri hingga dinihari, tiada bayang meteor kelihatan. Yang ada hanya nyamuk-nyamuk yang sedang riot.

Tamat.